Ya
ALLAH....ampunilah aku jika aku berdosa pada suamiku.....
Ya Allah....Kau ampunilah dosa yang
telah aku perbuat, Kau limpahi lah kesabaran yang tiada terbatas, Kau
berikanlah aku kekuatan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sikap keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata kata nista, Kau berilah aku sikap kasih
sesama insan.....
Ya ALLAH....Sekiranya suamiku ini
adalah pilihan Mu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya. Sekiranya suamiku ini suami yang akan membimbing tanganku ke titian
Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya
suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dengan sifat
tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang
terbaik untukku didunia Mu, peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya. Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu,
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.......
Ya ALLAH....Sekiranya suamiku
tergoda dengan keindahan dunia Mu, Kau tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk
aku mengharungi segala dugaan dari Mu dan limpahilah aku kesabaran untuk terus
membimbingnya. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya. Sekiranya
suamiku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menariknya keluar dari
terus terlena....
Ya ALLAH.... Kau yang Maha
Mengetahui apa yang terbaik untukku. Kau juga yang Maha Mengampuni segala
kesilapanku dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjawabku sebagai isteri, Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di
akhirat Mu. Sekiranya aku ingkar dan derhaka, berilah aku petunjuk ke arah
rahmat Mu Ya Allah.....Amin Ya Rabbal Allamin....